Wednesday, June 17, 2009

aduhai...tekak

Sakit tekak merupakan gejala yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa, biasanya diikuti dengan gejala bersin dan batuk. Lazimnya ia juga merupakan penyebab kita berjumpa doktor dan dikenali sebagai demam selesema di kalangan orang ramai.

Virus merupakan penyebab yang biasa kepada masalah sakit tekak jika dibandingkan dengan patogen bakteria. Kumpulan A Streptococci adalah bakteria yang paling biasa penyebab kepada jangkitan pada saluran tekak yang akut, kira-kira 15%-30% kes di kalangan kanak-kanak. Ia merupakan satu-satunya bentuk jangkitan tekak yang biasa di mana rawatan antibiotik diperlukan.

Gejala-gelaja demam biasanya timbul pada 1 hingga 3 hari selepas terdedah kepada virus demam selsema. Tanda dan gejala demam selesema termasuklah:




  • Hingus meleleh

  • Gatal dan sakit tekak

  • Batuk

  • Rasa sesak

  • Sakit-sakit badan atau sakit kepala ringan

  • Kerap bersin

  • Mata berair.

  • Demam dengan suhu tidak terlalu tinggi

  • Kepenatan

  • Sakit tekak yang disebabkan oleh jangkitan bakteria akan menyebabkan sakit tekak secara tiba-tiba, rasa sakit semasa menelan makanan, demam, sakit kepala, sakit di bahagian abdomen, loya dan muntah.

    KL marathon tinggal lagi 9 hari je...Harap2 tekak aku cepat sembuh...hopefully jangan demam sudah...to all marathon runners > take care of your health!

    "menguap tutup mulut kalau x nanti lalat masuk"
    :P

    4 comments:

    Abu Soffian said...

    Perang Saikologi...hahahahaha

    adek dush said...

    mane ade...suare pon da sengau baekkk nih...
    aduhai...cepatlah sembuh

    KR said...

    adoi..amacam bro??
    sudah okey??
    kaki aku kembali buat hal la..stress2..

    adek dush said...

    alahai bro...minggu2 terakhir ni la badan x sedap...huhu...
    letak bnyk2 ais kt kaki ko bro...