Keistimewaan basikal ini bukan sahaja ia boleh dilipat, malah si pengayuh juga tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk mengayuh walaupun di kawasan berbukit.
ANDA gemar beriadah terutamanya aktiviti berbasikal? Bagi penggemar aktiviti ini yang tinggal di pangsapuri, mungkin agak sukar kerana tidak mempunyai ruang untuk menyimpan basikal. Selain itu, basikal ini juga perlu dibawa ke taman rekreasi atau kawasan yang sesuai untuk ditunggang.
Cabarannya pula, mungkin sukar untuk anda memuatkan basikal ke dalam kenderaan untuk pergi ke tempat-tempat tersebut, sekiranya anda hanya menggunakan kereta jenis kompak seperti Perodua Kancil, Perodua Kelisa dan Proton Satria. Keistimewaan basikal ini bukan sahaja ia boleh dilipat, malah si pengayuh juga tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk mengayuh walaupun di kawasan berbukit.
Selain itu, keistimewaan basikal ini juga dapat dilihat pada gear kelajuannya yang akan berubah secara automatik mengikut kesesuaian kawasan yang ditunggang. Ada juga basikal yang mempunyai alat pengesan yang mampu menyalakan lampu dengan sendirinya apabila menjelang waktu malam. Terdapat juga basikal yang tidak perlu dikayuh kerana ia menggunakan bateri yang mampu menggerakkan basikal tersebut.
beskal yang bole d'lipat'
artikel d'kopi' dr kosmo
2 comments:
nak beli beskal bro, road bike.... haduh..
brapa RM agak2?
beskal lipat xmo?
hehe...
ko budget bp?
Post a Comment