Friday, October 16, 2009
Monday, October 12, 2009
rajaaaaa apa?rajaaaa kapoor
PENGENALAN DAN SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Pengenalan
CYFORA ‘JAGUH BUKIT’ MDHS adalah program sukan berbasikal yang bertujuan mempromosi serta membudayakan aktiviti berbasikal di Hulu Selangor di samping memperkenalkan Kuala Kubu Bharu sebagai prasarana kegiatan sukan dan rekreasi berbasikal yang menarik.
Program ini dianjurkan oleh Majlis Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama CYFORA dan Penaja akan dijalankan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
2. Tarikh dan Tempat
Program ini akan diadakan pada 1 November 2009 (Ahad) bertempat di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
3. Kategori & hadiah
A - < 30 yrs
B – 31 – 40 yrs
C – 41 – 50 yrs
D - > 50 yrs
E – Women
F - MTB
i. Hadiah-hadiah menarik, medal dan hamper akan diberikan kepada pemenang-pemenang di tempat pertama hingga tempat ke-5.
ii. Pihak penganjur berhak menukarkan hadiah di atas dengan item lain yang mempunyai nilai yang sama.
4. Peraturan Am
i. Penyertaan adalah terbuka kepada semua peminat sukan berbasikal amatur khususnya penduduk Hulu Selangor
ii. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan yuran penyertaan sebagaimana tercatat di borang penyertaan. Setiap penyertaan awal akan diberikan sehelai baju T dan minuman berdasarkan siapa cepat kerana bilangan yang ada adalah terhad. Tarikh tutup penyertaan adalah pada hari pertandingan sebelum jam 7.45pagi.
iii. Setiap peserta hanya dibenarkan menyertai satu acara sahaja.
iv. Hanya basikal jenis ‘ROAD’ sahaja dibenarkan diguna untuk kategori ’A’, ’B’, ’C’, ’D’ & ’E’ kecuali kategori ‘F’ yang menggunakan basikal jenis ‘MTB’.
v. Laluan setiap kategori adalah sama.
vi. Setiap peserta di kehendaki memakai pakaian dan topi keledar yang sesuai untuk berbasikal.
vii. Setiap peserta dikehendaki memakai nombor pengenalan peserta yang akan diberikan semasa melapor diri dan dikehendaki berada di tempat permulaan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum acara dimulakan.
viii. Setiap keputusan oleh pihak pengadil adalah muktamad.
ix. Pihak penganjur berhak membuat apa-apa perubahan tanpa memberi sebarang notis awal.
x. Peserta yang sedang/pernah menjalani latihan pusat, pernah mewakili pasukan beruniform, negeri dan negara adalah tidak layak sama sekali untuk menyertai pertandingan ini .
5. Urusan Pembayaran Yuran Penyertaan
i. Pembayaran yuran penyertaan sebanyak RM 50.00 boleh dibuat di tempat-tempat berikut:-
a) Jabatan Belia MDHS (03-60641331)
ii. Pembayaran secara ’On-Line’ boleh dibuat atas nama ‘MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR’ melalui bank seperti berikut:-
a) Public Bank Berhad (PBB) : a/c# : 3083 9751 24
b) Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) : a/c# : 0806 8010 0276 87
* resit ‘online’ hendaklah di e-mail pada e-mail dibawah beserta dengan borang penyertaan
**Yuran Penyertaan dikecualikan untuk pembayar cukai MDHS – sertakan salinan ic dan resit pembayaran cukai ketika penyerahan borang penyertaan.
6. Pertanyaan
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi e-mel :kewangan@mdhs.gov.my atau beliasukan@mdhs.gov.my
Tuesday, October 6, 2009
Sunday, October 4, 2009
alhamdulillah
...manage to finished the race in one piece...
...thanks to all my sifu...
...thanks to mr manager as well...
...thanks to all supporter...
...thank you so much sayang... :)
...thanks to all cameraman...
...credit to the volunteer at water station...
...congratulation to all finisher...
...see ya next race...
...this is not the end...
...this will be a beginning...
...and more to come!...
new-B tBc ;)